POLIS
SUDAH MULAKAN OPERASI LALANG II?
2.40 am - 22/12/2000 Selepas kami mengadakan meeting
dengan aktivis reformasi, pihak polis telah menyerbu pejabat Tian Chua di Bangsar
dan menangkap beliau di sana. Pasukan polis seramai 7 orang dari Bukit Aman yang
diketuai oleh ACP Ismail Hj Omar memberitahu, Tian ditangkap berikutan laporan
polis dibawah seksyen 147 di Lunas (kes menahan bas pengundi hantu).
Sehubungan itu kad pengenalan Tian telah dirampas
dan beliau dipercayai akan dibawa ke Balai Polis Brickfields sebelum ke Kulim,
pagi ini. Tien dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistreet Kulim pada hari
Sabtu ini.
3.40 am - 22/12/2000
Tian Chua kemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah
Kulim pada esok hari, beliau yang ditahan berhubung dengan kes penahanan 11 buah
bas pengundi hantu di Lunas 29 November lalu.
Marilah kita bersama sama dengan pimpinan BA yang
lain memberikan sokongan moral kepada saudara Tian Chua. Laporan perkembangan
mengenai perkara ini boleh diikuti selanjutnya dari Minda Rakyat dan juga laman
web reformasi (http://www.webreformis.com) yang akan sentiasa berhubung dengan
saudara Lokman Nur Adam untuk maklumat muktahir.
Sebarang maklumat akan disalurkan secepat mungkin
kepada para nettets sekelian.
Sumber: Irzaimi dari WR dot com.
|